Asalamualaikum...
Hai
kawan-kawan, nama saya Azim. Saya bersekolah di SK Puncak Perdana, Shah Alam.
Saya belajar di kelas 5 UTM. Setiap orang sudah pasti ingin melanacong atau
bercuti ke tempat-tempat menarik yang menjadi impian masing-masing. Begitu juga
dengan saya.
Pada
bulan November 2019 nanti, saya dan keluarga bercadang untuk melawat ke negeri
Terengganu. Nak tau mengapa saya ingin melawat Terengganu????? Sebab di
Terengganu terdapat banyak tempat menarik yang akan saya lawati. Antaranya
ialah Pulau Perhentian, Pulau Redang, Pulau Kapas, Taman Tamadun Islam, Masjid
Terapung, Pasar Payang, China Town dan lain-lain lagi.
Bagi ibu
dan mak cik-mak cik saya pula, sudah pasti Pasar Pasar adalah tempat pilihan
mereka.. Ini kerana mama saya memang sangat suka shopping kikiki...
Saya dan
sepupu saya juga ingin makan keropok lekor iaitu antara makanan yang paling
polpular di sini..
Di bawah
ini juga adalah antara tempat-tempat ingin saya kunjungi nanti.. Sampai jumpa
lagi kawan-kawan....
Pulau Lang Tengah
Pulau Lang Tengah ini agak kurang terkenal jika dibandingkan
dengan 2 buah pulau yang menjadi ‘pengapitnya’ iaitu Pulau Perhentian dan Pulau
Redang.

Pantai Batu Buruk
Pantai dengan angin yang sentiasa bertiupan segar ini, Pantai
Batu Buruk cukup meriah dengan pelbagai aktiviti
menarik. Di sini anda sekeluarga boleh berkelah dengan berlantaikan pasir
pantai yang lembut sambil berbbq. Anda juga boleh membeli makanan yang banyak
diniagakan di sekitar pantai ini seperti ikan celup tepung, sate ikan, keropok,
dan lain-lain lagi.

Kampung Losong
Kalau datang ke Terengganu, memang tak sah rasanya sekiranya
tak bawa pulang keropok lekor atau keropok keping yang merupakan antara produk
tradisional negeri pantai timur ini. Untuk tujuan ini, anda boleh menuju ke
Kampung Losong iaitu sebuah kawasan perkampungan yang telah mendapat
pengiktirafan daripada kerajaan negeri sebagai Pusat Perniagaan Keropok Lekor
Terengganu.

Masjid Abidin (Masjid Putih)
Terletak di tengah-tengah bandaraya Kuala Terengganu, siapa pun tak akan terlepas pandang bangunan Masjid Abidin ataupun Masjid Putih ini. Bangunan ini dikatakan sebagai binaan masjid yang tertua di Terengganu.

Air Terjun Chemerong
Kalau ke Terengganu tapi tak melawat tarikan yang telah
memecah rekod, memang rugi. Salah satu tempat menarik di Terengganu yang tiada
tandingan dengan kawasan air terjun lain ini adalah Air Terjun Chemerong. Air
terjun ini dikatakan sebagai air terjun yang tertinggi di Malaysia dengan
ketinggian mencecah 400 meter.

Pusat Santuari Penyu Rantau Abang
Rantau Abang sebenarnya pernah terkenal di seluruh dunia
sebagai lokasi pendaratan penyu dari jenis leatherback. Namun begitu,
sepertimana kebanyakan spesies haiwan yang lain, spesies ini kian diancam
kepupusan sehinggakan kehadirannya semakin jarang dilihat.

Muzium Negeri Terengganu
Muzium yang direka dengan gaya seni bina rumah tradisional
Terengganu ini, Muzium
Negeri Terengganu adalah muzium yang
terbesar di Asia Tenggara. Bayangkanlah betapa banyaknya pameran yang dapat
dilihat di sini menjadikan ianya wajib untuk dilawati oleh para pencinta
sejarah.

Masjid Terapung
Negeri Terengganu sungguh kaya dengan binaan antara masjid
yang terindah di Malaysia dan salah satunya adalah Masjid Terapung. Masjid yang
kelihatan seperti terapung di atas air ini dibina dengan gabungan gaya seni
bina tempatan dan Islamik.

Pulau Redang
Pulau Redang adalah sebuah destinasi yang paling terkenal di
Terengganu. Mana tidaknya, di sini anda akan dihidangkan dengan keindahan
perairan jernih yang kaya dengan terumbu karang yang dikatakan mencecah
sehingga 500 jenis.

No comments:
Post a Comment