Wednesday, 16 October 2019

TEMPAT YANG INGIN SAYA LAWATI


Asalamualaikum...
 Hai kawan-kawan, nama saya Azim. Saya bersekolah di SK Puncak Perdana, Shah Alam. Saya belajar di kelas 5 UTM. Setiap orang sudah pasti ingin melanacong atau bercuti ke tempat-tempat menarik yang menjadi impian masing-masing. Begitu juga dengan saya. 

Pada bulan November 2019 nanti, saya dan keluarga bercadang untuk melawat ke negeri Terengganu. Nak tau mengapa saya ingin melawat Terengganu????? Sebab di Terengganu terdapat banyak tempat menarik yang akan saya lawati. Antaranya ialah Pulau Perhentian, Pulau Redang, Pulau Kapas, Taman Tamadun Islam, Masjid Terapung, Pasar Payang, China Town dan lain-lain lagi.

Bagi ibu dan mak cik-mak cik saya pula, sudah pasti Pasar Pasar adalah tempat pilihan mereka.. Ini kerana mama saya memang sangat suka shopping kikiki...

Saya dan sepupu saya juga ingin makan keropok lekor iaitu antara makanan yang paling polpular di sini..

Di bawah ini juga adalah antara tempat-tempat ingin saya kunjungi nanti.. Sampai jumpa lagi kawan-kawan....


Pulau Lang Tengah

Pulau Lang Tengah ini agak kurang terkenal jika dibandingkan dengan 2 buah pulau yang menjadi ‘pengapitnya’ iaitu Pulau Perhentian dan Pulau Redang.

 Pulau Lang Tengah Terengganu                                                       

Pantai Batu Buruk

Pantai dengan angin yang sentiasa bertiupan segar ini, Pantai Batu Buruk cukup meriah dengan pelbagai aktiviti menarik. Di sini anda sekeluarga boleh berkelah dengan berlantaikan pasir pantai yang lembut sambil berbbq. Anda juga boleh membeli makanan yang banyak diniagakan di sekitar pantai ini seperti ikan celup tepung, sate ikan, keropok, dan lain-lain lagi.

Pantai Batu Buruk Terengganu

Kampung Losong

Kalau datang ke Terengganu, memang tak sah rasanya sekiranya tak bawa pulang keropok lekor atau keropok keping yang merupakan antara produk tradisional negeri pantai timur ini. Untuk tujuan ini, anda boleh menuju ke Kampung Losong iaitu sebuah kawasan perkampungan yang telah mendapat pengiktirafan daripada kerajaan negeri sebagai Pusat Perniagaan Keropok Lekor Terengganu.

Kampung Losong Terengganu

Masjid Abidin (Masjid Putih)

Terletak di tengah-tengah bandaraya Kuala Terengganu, siapa pun tak akan terlepas pandang bangunan Masjid Abidin ataupun Masjid Putih ini. Bangunan ini dikatakan sebagai binaan masjid yang tertua di Terengganu.

Masjid Abidin Terengganu


Air Terjun Chemerong

Kalau ke Terengganu tapi tak melawat tarikan yang telah memecah rekod, memang rugi. Salah satu tempat menarik di Terengganu yang tiada tandingan dengan kawasan air terjun lain ini adalah Air Terjun Chemerong. Air terjun ini dikatakan sebagai air terjun yang tertinggi di Malaysia dengan ketinggian mencecah 400 meter.

Air Terjun Chemerong Terengganu


Pusat Santuari Penyu Rantau Abang

Rantau Abang sebenarnya pernah terkenal di seluruh dunia sebagai lokasi pendaratan penyu dari jenis leatherback. Namun begitu, sepertimana kebanyakan spesies haiwan yang lain, spesies ini kian diancam kepupusan sehinggakan kehadirannya semakin jarang dilihat.

 Pusat Santuari Penyu Rantau Abang
Muzium Negeri Terengganu

Muzium yang direka dengan gaya seni bina rumah tradisional Terengganu ini, Muzium Negeri Terengganu adalah muzium yang terbesar di Asia Tenggara. Bayangkanlah betapa banyaknya pameran yang dapat dilihat di sini menjadikan ianya wajib untuk dilawati oleh para pencinta sejarah.

Muzium Negeri Terengganu 

Masjid Terapung

Negeri Terengganu sungguh kaya dengan binaan antara masjid yang terindah di Malaysia dan salah satunya adalah Masjid Terapung. Masjid yang kelihatan seperti terapung di atas air ini dibina dengan gabungan gaya seni bina tempatan dan Islamik.

Masjid Terapung Terengganu 

Pulau Redang

Pulau Redang adalah sebuah destinasi yang paling terkenal di Terengganu. Mana tidaknya, di sini anda akan dihidangkan dengan keindahan perairan jernih yang kaya dengan terumbu karang yang dikatakan mencecah sehingga 500 jenis.

Pulau Redang Terengganu